Kali ni aku nak promote negara yang paling aku suka pegi, ape lagi kalau bukan New Zealand! Bagi yang belum penah lagi ke sini, mungkin pasni kome boleh masukkan New Zealand dalam list destinasi yang patut dilawat di masa akan datang.
Aku suka sini sebab tempatnya cantik, bersih, luas mata memandang dan tenang. Negara ni populasi kambing melebihi populasi manusia, gi ceruk mana mesti nampak kambing, nak jumpa orang agak susah. Heheh~
Lagi fun facts pasal New Zealand boleh pegi
SINI
Sedikit mukhadimah pasal New Zealand, ia terdiri dari 2 pulau iaitu North Island dan South Island. Ibu negeri New Zealand ialah Auckland. Kebanyakan flights international akan landing kat Auckland termasuklah cik Mas kita. Mana satu antara 2 pulau ni pilihan hati aku? Ermm..jawabnye South Island la, sebab kat sini la bebetul boleh rasa 4 seasons yang true compared dengan North Island. Ai heart South Island! *wink* *wink* ^___^
kenapa aku suka New Zealand?
Banyak hewan-hewan yang comel ^___^
buat lamb chop sedap neh :b~
anak kambeng tok wi main tepi pagar
kuda ku lari gagah berani
free show sea lion free tepi jalan
Bagi peminat-peminat bunga terutama sekali mak-mak bunga, boleh datang waktu Spring dari bulan September - November kalau nak tengok bunga yang kalerful gini. Sori aku tak tahu jenis-jenis bunga, amik gambar je reti. Hehe~
chrysanthemum?
bunga taik ayam?
err..seri pagi??
Bila memandu kat sini konfem berenti tepi jalan amik gambar, tapi tengok dulu segala mirror sebelum berenti dan masuk semula ke highway. Kat sini highway dia FREE, takde tol. Kalau memandu kat sini kena bersabar sebab paling laju pun 90km/h - 100km/h, kalau masuk town pulak 40km/h - 50km/h, jangan bawak perangai memandu di Malaysia kat sini, silap-silap kena kejar dengan polis, lumayan jugak saman dia.
Lagi satu, peraturan jalan raya dia agak kompleks, aku malas nak cerita sekarang, lain kali aku cerita ekk?
Lake Pukaki, State Highway 8
urban legend ni weii!!
Mula-mula aku tengok benda ni aku cuak sebab aku ingatkan amalan penduduk setempat memuja setan laut (merapik sungguh daya imajinasi aku), tapi setelah bertanya local rupanya takde mende pun, saje-saje hobi susun batu bertingkat-tingkat! Ciss~ (inilah dia pengaruh songsang bila baca banyak sangat cerita tahyul kat bod MPS)
view dari Pudding Hill, cantik kan?
Yang ni boleh jumpa masa on the way naik ke Mt Hutt. Rasa terpukau bila tengok gunung yang dilitupi dek salji, macam rupa kek kena tabur dengan gula icing, lazatt~
Mt Hutt
Berdiri pada ketinggian 2190m dari aras laut sambil melihat awan bergantungan...feel dia, subhanallah~ *tak terkata*
blizzard ni weii, sebab tu kene tutup habis, ni bukan pakaian beragam mesin rumput!!
Kalau teringin nak rasa pengalaman main ski di sini boleh datang pada bulan
June - Oktober. Untuk info tentang ski di New Zealand, boleh klik
SINI
gini rupa daun maple
Autumn ialah pada bulan
March - May
antara tempat yang wajib singgah
Rotorua
Lokasi di North Island, pekan kecil yang berbau kentut..hihihi~ Kalau ke sini jangan lupa singgah sekejap kat public park tepi jalan, ada banyak kawah sulfur ni. Bila kat sini aku teringat Bandung, bukan tang surrounding dia, tapi tang bau kentut ni. Heheh~
Huka Falls
Tempat di North Island jugak, wajib singgah kat sini untuk tengok sendiri betapa biru dan deras air ni mengalir. Kalau terjatuh dalam ni tunggu jela dalam seminggu baru cari. Iskkk...
Tongariro National Park
Jugak di North Island, considered as one of the best walks in New Zealand. Trek yang dibuat untuk trekkers memang cantik, boleh buat trekking balik hari atau bermalam. Tapi kalau ke sini pada musim winter, boleh pegi main ski kat Mt Ruapehu.
Terletak di hujung North Island, Wellington merupakan sebuah bandar pelabuhan. Ada satu gambar aku dengan kren tak ubah macam kat Port Klang tapi aku malas nak tepek. Dari sini boleh la naik kapal crossing ke South Island, nama kapal tu
Interislander. Kalau sewa kereta kat both North & South Island, nanti kereta akan ditinggalkan kat port Interislander di Wellington dan kereta lain akan tunggu setelah kita selamat crossing ke Picton (South Island).
Franz Josef Glacier
Tempat ni terletak di sebelah west coast, South Island. Selain dari Franz Josef, ada walks macam ni jugak kat Fox Glacier (both tempat ni tak jauh dari satu sama lain). Return walks ke glacier ni amik masa lebih kurang sejam setengah. Kat belakang aku tu le glacier-nye. Walks yang aku buat ni FREE, tapi kalau nak hike kat glacier tu kena kuar duit skit coz kena amik pakej guide dan equipment. Ada jugak heli hike ke glacier, yang tu memang mahal.
Christchurch
Bandar yang terletak di South Island ni dipemeskan oleh tukang pilem tempatan, sape lagi kalau bukan Encik Ahmad Idham. Aku tak ingatla cerita apa tapi macam ada 2-3 tajuk jugak cerita dia dah bikin kat sini. Apa-apa pun aku sokak cerita Cinta Antara Benua..lalalala~ (lari dari topik). Cathedral Square yang terletak di Christchurch ni wajib singgah kalau ke sini, tak lengkap kalau tak singgah.
Rugby World Cup 2011
Giant signboard ni boleh jumpe kat Cathedral Square. Untuk kaki rugby, jangan lupa untuk datang sini tahun depan untuk tengok Rugby World Cup yang akan berlangsung dari 9 September - 23 Oktober 2011.
Lake Tekapo
Lake ni agak pemes jugak, boleh dikatakan lake yang wajib pegi bila sampai kat South Island. Kat lake ni ada church tua yang menghadap tasik dan statue seekor anjing. Statue ni dibuat untuk mengingati jasa haiwan yang bekerja keras mengawal kambing yang berkoyan-koyan kat sini (peh gila skema ayat aku).
Collie Sheep Dog
Mt Cook
Jangan lupa singgah kat Mt Cook sebab kat sini ada Sir Edmund Hillary punya gallery. Kenal tak sape nih? Beliau adalah manusia pertama yang sampai ke puncak Mt Everest and he's New Zealander. Dah arwah dah pun. Aku tengah taip sikit pasal beliau tapi masih dok terperuk dalam draft termasuklah dengan entry lain-lain yang tah bila zaman aku nak sambung taip (yang ni rajin pulak aku menaip eh? bengong aku ni =___= )
Wanaka
Ini ialah Lake Wanaka yang terletak di Wanaka. Tempat ni pun cantik, sebenarnya semua tempat yang melibatkan tasik memang sangat cantik. Nak tahu kenapa semua tasik kat New Zealand berwarna biru? Rahsianya, sebab ada serpihan glacier kat dalam tasik yang menghasilkan warna biru. Ni bukan biru runcit-runcit, tapi memang sangat biru.
Di petik dari wikipedia....
The glacial feed to the lakes gives them a distinctive blue colour, created by glacial flour, the extremely finely ground rock particles from the glaciers
Cardrona
Terletak antara Wanaka dan Queenstown, pekan koboi ini boleh ditemui masa on the way ke Queenstown (ada 2 route nak ke Queenstown) dan untuk sampai ke pekan Cardrona, kena ikut New Zealand highest highway.
Queenstown
My favourite town of all!! Berbackgroundkan series of mountains yang dipanggil sebagai The Remarkables (nampak dak dalam gambau neh?) dan Lake Wakatipu (ya, wa tak tipu memang betul nama lake ni! ape akal bagi nama lake gini? hazab sunggoh! hahaha~). Duduk tepi lake ni sambil pekena cekodok pisang dengan teh "o" memang terbaik lah. Layan~
Arrowtown
Salah satu pekan koboi yang terawal di sini, tak jauh dari Queenstown, lebih kurang sejam memandu. Kat sini boleh tengok ada deretan kedai macam dalam tv hitam putih. Bezanya takde koboi dan takde kuda, yang ada cuma manusia pakai baju moden dan kereta.
Banyak lagi tempat yang aku tak mention dalam ni macam Milford Sound, Greymouth, Hamilton dan segala, ni pun dah berjela aku letak gambar macam nak muntah dah ni. Pandai-pandai la guna lebai gugel nak korek apa yang menarik lagi pasal New Zealand yang ku chenta~ (hujan emas negeri orang, hutan batu negeri sendiri, apa salahnya kaut emas kat negeri orang bawak balik)
Read more...