Made In China : Beijing (Part 2)
February 27, 2012
Waktu setelkan duit accommodation aku mintak receptionist hold booking Intan disebabkan status kehadirannya yang 50/50. Dalam email terakhir sebelum terbang ke sini aku dapat tau yang dia terkandas di Shenzhen sebab tiket keretapi ke Shanghai habis. Memandangkan tiket available 2 hari kemudian so dia pegi ke Hong Kong dulu.
Rate 1 malam untuk dorm stay di Candy Inn / 1 Hai Inn ialah 35Yuan termasuk deposit 100Yuan.
Sebenarnya aku tengah gabra memikirkan tiket keretapi ke Xian. Sepatutnya beli harini tapi tak sempat so pagi esok aku kena cepat-cepat setelkan. Kalau boleh aku nak naik keretapi malam tapi kalau tak dapat pun takpe sebab setiap hari ada 10 trip keretapi ke sana. Tapi dalam kes Intan, keretapi dari Shenzhen ke Shanghai cuma ada 1 trip setiap hari jadi sebab itulah dia terkandas.
![]() |
| dorm yang aku stay. sama macam dalam gambar (source) |
Selesai urusan check-in seorang staff menunjukkan aku arah ke dorm. Dorm yang aku duduk ni agak besar untuk 3 buah katil double decker (6 beds), ada almari locker dan toilet en suite. Nampaknya 4 buah katil dah berpenghuni kecuali sebuah katil double decker. Aku pilih katil bawah dan reserve katil atas untuk Intan. Tanpa berlengah aku letak backpack dan turun ke communal area. Kat sini ada 2 buah kompiter untuk kegunaan penghuni hostel. Kalau bawak laptop sendiri atau gajet yang canggih boleh guna free wifi (tak silap aku free wifi ni boleh access sampai ke dalam bilik).
Aku sempat menaip entry ni dan kemudian check email. Ada email dari Intan dan email itu dihantar 2 hari sebelum dia bertolak ke Shanghai. Memandangkan itu email yang terakhir jadi dia tinggalkan nombor telefon. Tanpa membuang masa aku terus call tapi suara mesin yang jawab. Aku langsung tak faham apa si amoi operator tu cakap. Aku dail lagi sekali dan suruh budak receptionist tu dengar. Kata budak tu nombor Intan tak dapat dihubungi sebab dia tutup henfon. Ah sudah! Nape dia tutup henfon time kritikal ni? Ke henfon dia abis bateri? Ke henpon dia kena curi? Ke sebenarnya dia tak datang? Ke dia prank aku? Prank? HAHAHAHA. Iskk tak mungkin! Aku kena fikir positif. Positif!
Ya Allah, permudahkanlah segalanya...ameen!
Rasanya budak reception tu nampak riak cemas di muka aku. Mana taknya, sekejap aku duduk, sekejap pegi ke kompiter, sekejap mundar-mandir sambil dail nombor dia. Kredit henfon semakin surut dan nampaknya aku terpaksa beli simkad China.
Setelah mendapatkan info yang diperlukan aku menapak keluar dari hostel dan merempuh suhu -6celcius. Ini bukan kali pertama aku travel dalam winter tapi sejuk yang ini memang lain macam, angin Siberia mungkin! Menurut local, tahun ni salji tak turun, kalau ada pun kat bahagian utara bersempadan Mongolia & Rusia. Aku rasa lebih baik takde salji sebab kalau ada nanti banyak benda akan delay dan kansel contohnya keretapi. Cukuplah sekali merasa pengalaman terkandas di airport Christchurch tahun lepas disebabkan salji tebal, memang perit.
Kedai telefon tersebut terletak di seberang jalan yang sibuk. Di China kalau nak melintas jalan kita kena melintas macam ayam sebab pemandu kat sini takkan berhentikan kereta. Pada mulanya aku keliru sebab arah trafik di China opposite dengan Malaysia. Selalunya kita akan pandang ke sebelah kanan sebelum melintas tapi kali ni kena pandang ke sebelah kiri. Pada pemerhatian aku keadaan trafik di sini agak serabut dan mereka suka memandu dengan laju. Kalau melintas macam catwalk model chances nak kena langgar agak tinggi so melintaslah seperti local.
Aku tak pasti berapa banyak mobile operator di China tapi LP (Lonely Planet) recommend China Mobile (mungkin sebab murah). Harga simkad China Mobile di antara 60Yuan ke 80Yuan bergantung pada nombor termasuk 50Yuan topup. Tapi di kedai China Mobile yang aku pegi ni dia jual simkad 80Yuan termasuk 20Yuan topup. Mahal gile kan? Hampir RM40 kalau convert ke RM. Kalau di Malaysia harga starter pack cuma RM5 tapi kat sini tersangatlah mahal. Sebenarnya simkad memang tak termasuk dalam bajet sebab aku bukan jenis yang terlalu bergantung pada telefon tapi kali ni aku terpaksa.
Dengan berat hati aku bayar 80Yuan dan suruh pekedai tu activate simkad dan masukkan topup (sebab semua arahan dalam bahasa Cina). Setelah selesai aku hantar sekeping sms kepada Intan dan bagitau yang aku sedang menunggu di Candy Inn.
| China Mobile prepaid |
| kertas topup. koboi tak? |
Aku balik semula ke hostel untuk berehat memandangkan aku belum lagi berehat sejak malam semalam. Entah macam mana sedang aku berfikir pasal masalah ni tiba-tiba aku terlelap. Hampir 2jam aku terlelap dan tiba-tiba aku terjaga secara mengejut. Jam menunjukkan hampir pukul 1pg dan aku check henfon – takde mesej. Hati aku rasa tak sedap. Aku bingkas bangun dari katil, sarung baju sejuk dan turun ke communal area untuk check email. Manalah tau kalau-kalau ada email dari Intan.
Sedang aku mengemaskan duduk di atas kerusi tiba-tiba aku terdengar satu dialog, “I’m looking for my friend. She’s from Malaysia”. Aku rasa tertarik bila dengar perkataan Malaysia.
Eh? Entah-entah dia ni....???, kata aku dalam hati.
Eh? Entah-entah dia ni....???, kata aku dalam hati.
Aku bangun dari kerusi dan berjalan merapati seseorang yang sedang berdiri sambil menggalas sebuah backpack di hadapan meja reception. Aku masih belum nampak muka orang tu sebab dia berdiri membelakangi aku dan di sebelahnya ada seorang lelaki China.
“Ermm....awak ni ke Intan??”. Aku menepuk bahu dia dan bertanya secara spontan. Maklumlah tak penah lagi berjumpa, cuma penah tengok sekali dua dalam blog, itupun tak berapa nak cam.
“Ini Fatt eh?”, dia tanya aku balik. Aku rasa dia pun wonder siapa aku sebab tak penah tengok.
Aku rasa dah macam rancangan Jejak Kasih waktu tu, punyalah happy gile. Ya Allah, aku rasa bersyukur sebab akhirnya semua selamat. Tuhan saja yang tau betapa risaunya aku bila tak dapat contact tadi. Aku rasa mungkin itu petanda bila tiba-tiba aku terjaga secara mengejut dari tido. Bab instinct ni aku tak nafikan ke”magikan”nya.
Aku rasa dah macam rancangan Jejak Kasih waktu tu, punyalah happy gile. Ya Allah, aku rasa bersyukur sebab akhirnya semua selamat. Tuhan saja yang tau betapa risaunya aku bila tak dapat contact tadi. Aku rasa mungkin itu petanda bila tiba-tiba aku terjaga secara mengejut dari tido. Bab instinct ni aku tak nafikan ke”magikan”nya.
Rupanya lelaki China itulah yang menolong dia sampai ke sini. Katanya bila turun dari teksi dia tak tau nak tuju ke sini dan kemudian lalu hamba Allah ni. Alhamdulillah, syukurlah semuanya selamat. Kami mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu dan dia pun beredar.
Tanpa membuang masa kami selesaikan hal booking dan selepas berborak-borak kami balik ke dorm. Sekarang bolehlah aku berehat dengan tenang sebab takde apa yang perlu dirisaukan kecuali tiket keretapi ke Xian. Esok aku bercadang nak pegi ke West Railway Station untuk setelkan hal tiket sebelum panjat Great Wall.
bersambung....
.


.jpg)
